Friday, December 11, 2009

PRODUCT KNOWLEDGE-SCORE A PROGRAMME




Salam kepada semua bakal jutawan....saya amat bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana memberi saya peluang untuk membuat blog ini untuk panduan anda semua.....saya hanyalah insan biasa yang ingin berkongsi kepada anda satu program yang WAJAR anda ikuti dan HAYATI iaitu SCORE A PROGRAMME

DENGAN KEHADIRAN BLOG INI,SAYA BERHARAP AGAR ANDA SEMUA MEMBUAT PROSPECTING DI LUAR SANA:-)

Sebelum anda membuat temujanji, pastikan "tools" anda sempurna :-
1. Handout (selak top)

2. Buku testimoni
3. Portal Score A
4. Name card
5. Beberapa helai A4 paper




6. SAP form

Bila keperluan di atas sudah sempurna, anda juga perlu mempunyai ILMU mengenai Produk Score A dan membuat "homework" sebelum temujanji.

Buat temujanji melalui talipon, JANGAN SESEKALI PROSPECTING DI DALAM TALIPON.

Pastikan anda membuat temujanji dengan bakal prospek pada waktu prospek selesa.


Jangan membuat prospecting ketika prospek rehat tengahari (masa tak cukup)prospek tidak tertumpu maklumat yg anda sampaikan kerana tergesa-gesa hendak masuk kerja.


Jangan membuat prospecting ketika prospek balik dari kerja (prospek penat) dan tidak selesa.


Jangan membuat prospecting ketika prospek ada plan sekeluarga hendak keluar berjalan-jalan.

Bila anda dapat masa yang sesuai dan prospek selesa, anda boleh pergi dalam keadaan yg selesa di mana prospek memberikan ruang masa untuk anda bercerita lebih kurang 1 jam mengenai produk Score A dan marketing plan.


Ketika hendak masuk ke rumah prospek, gunakan apa saja di dalam rumah prospek untuk anda puji prospek. Kalau rumah dia cantik, pujilah rumah itu cantik......landscap rumah prospek atau sebagainya yg anda lihat cantik, cuba beri pujian yg jujur bukan di reka-reka.Ini adalah bertujuan supaya anda mudah mesra ketika membuat "presentation" nanti.

Perkenalkan diri anda kepada prospek, jangan lupa tanya nama prospek (kalau tidak mengenali prospek), tanya berapa anak-anak prospek dan darjah / tingkatan berapa untuk anda memudahkan bakal anak prospek yg akan mengambil peperiksaan besar seperti UPSR & PMR.



Mulakan "presentation" anda dengan Bismillahirahmanirahim.

Selamat datang ke Score A program. Di mana apa yg ingin saya perkenalkan kepada anda iaitu satu program pembelajaran terbaru iaitu kaedah pembelajaran melalui laman web iaitu http://www.scorea.com/. Syarikat yg memperkenalkan produk Score A ini adalah Kenshido International Sdn. Bhd. Bukan syarikat Jepun tapi pemilik adalah Bumiputera Malaysia.


Sebenarnya, pembelajaran ICT adalah dasar pendidikan Kebangsaan di mana pada tahun 2010 nanti sekolah-sekolah di Malaysia akan dinaik taraf kepada Sekolah Bestari dimana penggunaan komputer akan menjadi kemestian/keperluan. Peruntukkan 150 juta oleh Kementerian Pendidikan untuk eLearning kesemua sekolah di Malaysia dan anak anda jangan ketinggalan.


Di Terengganu , pelajar Tahun 5 mereka telah mula menggunakan "Classmate PC" untuk menggantikan Buku Teks. Sekolah mereka sebagai Perintis pertama di Malaysia ini bermakna "paperless" akan berlaku dan ketika itu para ibu bapa di luar sana akan tercari-cari Output eLearning seperti Score A.

Kalau sebut pasal belajar sudah pasti "buku" adalah modul terbaik. Anda bayangkan anak kita dari darjah 1 hingga tingkatan 5....bukunya boleh penuh satu bilik stor.
Zaman sudah berubah, dengan teknologi terkini berapa banyak pun maklumat dan informasi telah dimasukkan ke dalam komputer, ketebalan komputer tetap sama ....tak berubah malah semakin canggih lagi dengan informasi yg anak-anak kita perlukan sekelip mata.

Saya perkenalkan dulu latar belakang syarikat kami Kenshido International Sdn. Bhd telahpun memulakan R&D "Research & Development" dari tahun 1999-2002 mengumpulkan segala maklumat dan kerta-kertas periksa. Berjuta RM telah dibelanjakan oleh pihak syarikat utk tujuan eLearning ini.

Portal sudah siap pada 2003 tetapi belum lagi di jual pada orang ramai kerana 2003-2005 syarikat membuat "School Project" iaitu portal ini diberi percuma kepada beberapa sekolah terpilih untuk melihat tahap keberkesanan pelajar-pelajar selepas menggunakan program ini.

Setelah mengumpulkan ribuan testimoni dari school project tersebut barulah tahun 2006 portal ini di jual kepada umum / ibu bapa.

Baiklah, buat pengetahuan anda, portal Score A telah mendapat pengiktirafan dari PIBG Nasional yg mengatakan Score A program memang bagus untuk anak-anak belajar menggunakan kaedah baru Output eLearning.

Program kita juga telah pun masuk di media elektronik TV3, Astro dan media cetak seperti Berita Harian, NST, nanyang dan sebagainya lagi.

Dan paling membanggakan peringkat tertinggi juga memberi pengiktirafan kepada Score A program iaitu pada 3hb Mac 2006, mantan Menteri Pelajaran Malaysia iaitu YB Dato Sri Hishamuddin memberi pengiktirafan kepada Score A di Plaza Angsana, Johor.

Liputan silibus kami dari darjah 1 hingga darjah 6 untuk pelajar UPSR.

dan dari Tingkatan 1 hingga tingkatan 3 untuk pelajar PMR.

Silibus kami ikut sama dalam buku teks dan mengikut kemaskini dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
Program kami HANYA untuk soalan-soalan objektif sahaja.

Kelebihan Modul Score A program ada 4 iaitu eTopic, eAssessment, eTrial & ePast Year Exam.

eTopic iaitu soalan berdasarkan topik mengikut subjek. Ada 3 set soalan dan setiap set mengandungi 15 soalan ini bermakna untuk topik saja dari set 1 hingga 3 mempunyai 45 soalan.
Contoh : Anak anda balik dari sekolah, anda cuba tanya hari ini belajar apa. Contoh anak anda cakap topik "Percentage", suruh anak anda jawab bab percentage utk 3 set soalan dari eTopic jika anak anda jawab peratus menunjukkan 90% ke atas ini bermakna anak anda memberi tumpuan penuh ketika cikgu mengajar di kelas.

Tetapi jika peratus anak anda 50% ke bawah ini bermakna anak tidak memberikan tumpuan ketika guru mengajar di dalam kelas.
eAssessment iaitu soalan mengikut SUBJEK iaitu topik yg bercampur-campur tetapi didalam eAssessment seperti permainan game. Kita tahu budak-budak memang suka bermain game jadi syarikat mencipta pembelajaran yang menyeronokkan kepada anak-anak kita.

eAssessment ada 3 set soalan Easy 15 soalan, Medium 20 soalan dan Hard 25 soalan.

Bila anak anda buat set 1 haruslah mencecah markah 80% ke atas baru boleh jumpa set 2 dan jika anak anda tidak mencecah markah 80% ini bermakna harus di ulang semula set 1.

Bila anak anda ulang semula set 1, soalan BERUBAH.
Di sini sistem bertujuan agar anak kita selalu terdedah dengan belbagai jenis soalan yg selalu berubah-rubah dan tidak gentar dengan peperiksaan.
Kalau dulu kita belikan buku latihan, bila anak dah buat dan mendapat markah dari buku latihan tersebut, adakah anak kita berminat untuk mengulangi soalan yg sama dan sudah tahu jawapannya ? Tetapi dalam eAssessment setiap kali anak kita buka set 1, soalan BERUBAH.

eTrial adalah set soalan percubaan peperiksaan yg telah di bekalkan oleh 64 buah Sekolah Bestari seluruh Malaysia. Ini bermakna anak anda akan mendapat soalan-soalan peperiksaan standard dari Sekolah Bestari.

Ada 7 set mengikut tahun anak-anak anda dan ini bermakna Peperiksaan Percubaan boleh dibuat 7 kali di Score A, berbanding di sekolah percubaan peperiksaan hanya 2/3 kali sebelum peperiksaan besar spt UPSR /PMR.
Dan tidak ada di tempat lain ialah ePast Year Exam

adalah koleksi kertas-kertas peperiksaan SEBENAR esklusif dari Kementerian Pelajaran Malaysia yg dibekalkan selama 14 tahun dari 1993 hingga 2008.

Kalau anak anda tahun ini nak ambil peperiksaan UPSR & PMR, dah boleh cuba menjawab kertas-kertas peperiksaan sebenar tahun-tahun lepas untuk lebih mahir dengan corak-corak soalan tahun-tahun lepas.

4 Modul dari Score A program mengandungi lebih kurang 200 ribu set soalan ini bermakna masalah ibu bapa yg selalu membeli buku latihan setiap bulan dapat di kurangkan beban mereka untuk memilih soalan-soalan yg sesuai untuk anak-anak mereka.

Inilah bentuk laman web Score A program yg menarik dan mesra pengguna di mana setelah anda melanggan portal ini, anak anda akan dibekalkan dengan user id dan password untuk memulakan pembelajaran mereka. Setiap anak user id dan password berbeza.

Bagi ibu bapa yg hendak memantau setiap anak boleh login ke Parents Login untuk melihat prestasi setiap anak-anak anda setelah menggunakan program ini.

Setelah anak anda login saja, anak bebas memilih soalan dari eTopic, eAssessment, eTrial atau ePast Yr Exam.

Contoh, anak anda memilih eTopic subjek matematik dan topik "Percentage" dan anak anda sudah mula menjawab soalan seperti dalam slide ini.

Apa yg menyeronokkan di sini setelah anak anda cuba menjawab soalan no. 1 dan tick pada jawapan, jika betul sistem akan tandakan Good, Excellent atau Well Done jika anda ON speaker komputer, akan mengeluarkan suara untuk meransangkan/ kata-kata motivasi agar anak anda lebih seronok belajar.

Jika anak anda tick pada jawapan yg salah, sistem akan memberitahu "WRONG ANSWER" dengan ini pelajar dapat tahu kesilapan dgn serta merta dan memori anak lebih mudah mengingati kesilapan yg mereka lakukan.


Ingat tak cara lama kita belajar guna buku latihan, jawapan di belakang sekali kekadang anak kita tiru pun kita tak tahu. Tapi dengan Score A tidak ada jawapan selagi anak anda tidak tandakan pilihan jawapan yg anak anda kehendaki.


Kita tahu mata pelajaran Sains, Matematik dalam Bahasa Ingeris. Jika anak anda tak faham makna dalam soalan hanya double click pada perkataan akan keluarlah eDictonary dalam English to Bahasa Malaysia.

Yang paling best sekali jika anak anda sedang buat bab percentage, dia dah lupa jalan kerja dan formula. Hanya click pada eNotes ......

Akan keluarlah jalan-jalan kerja dan formula yang anak anda perlukan. eNotes Score A berbentuk "PETA MINDA" , pelajar lebih mudah faham berbanding dalam buku teks hanya berbentuk karangan.

Nak kamus dah ada, nak nota-nota dah ada jadi anak anda mudah hendak mengulangkaji pelajaran tanpa membuang masa dengan cara lama, tercari-cari maklumat dalam buku teks.

Habis anak anda jawab 15 soalan untuk eTopic dan click pada SUBMIT , hanya beberapa saat sistem akan kirakan peratus markah anak anda dan apa saja keputusan yg anak anda lakukan akan tersimpan dalam eReport Card.

Anak anda seterusnya dapat mengenal pasti kesilapan yg dilakukan serta merta.

Pada saya program ini di cipta khas bagi ibubapa yg tidak mempunyai masa menandakan buku latihan anak-anak dan mengirakan markah mereka sekali.

Bagi ibu bapa yg ingin mendaftar terima sms alert apa saja latih tubi yg dibuat oleh anak anda , anda akan terima dalam bentuk :-

Nama anak
Darjah / Tingkatan berapa
Subjek
Paper
Set
Peratus
dan masa yg anak anda ambil

Dengan masa yg anak anda ambil kita boleh nampak sikap/habit anak kita bila menjawab peperiksaan.

Contoh, jika anak anda buat latih tubi guna Score A masa yg ambil 20 minit tapi keputusan 60% ini bermakna anak anda mempunyai sikap main hentam aje tick bila jawab soalan.

Atau anda dapat keputusan anak 100% tapi dlm masa 3 jam....pun tidak bagus!

Dengan ini sebagai ibubapa yg prihatin kita boleh nasihatkan anak, di mana banyak lagi masa untuk menjawab soalan dan gunakan masa itu sebaiknya. Ini bermakna kita boleh halang sikap/habit buruk anak kita sebelum peperiksaan sebenar.

Dalam eTrial dan ePast Year Exam seolah-olah anak anda berada di dalam dewan peperiksaan. Tetapi kali ini tidak ada lagi "Instant Marking" atau pemeriksaan serta merta.

Kali ini sistem member "Countdown Timer" iaitu 1 jam untuk 40 soalan.

Habis tak habis jawab 40 soalan, habis masa 1 jam sistem akan AUTO SUBMIT di mana jika kita ingat lagi dalam dewan peperiksaan, jika masa sudah habis, cikgu akan cakap .....

"Ok anak-anak murid, masa sudah habis....letak pensil dan terbalikkan kertas jawapan kamu.."

Sistem ini bertujuan agar anak kita pandai menguruskan "PENGURUSAN MASA" mereka menjawab soalan-soalan dalam tempoh had masa yg diberi.

Adalah tidak berguna jika anak kita pandai menjawab soalan tetapi tidak pandai menguruskan masa mereka. Selalunya saat-saat akhir jika hendak ambil kertas periksa, apa yg mereka akan lakukan iaitu main baling dadu atau hentam jawab aje.

Kita taknak itu berlaku pada anak-anak kita bila berdepan dengan Peperiksaan sebenar mereka.

eNotes adalah nota-nota dari Darjah 1 hingga Tingkatan 3.

Di dalam eTopic ada eNotes di mana kita sedar jika anak anda hendak ambil peperiksaan UPSR nanti dimana beberapa peratus soalan peperiksaan akan melibatkan dari Darjah 4, 5 dan 6.

Dengan mengambil program Score A anak anda boleh menikmati nota-nota dari darjah 4 , 5 & 6 begitu juga untuk pelajar yg mengambil peperiksaan PMR boleh menikmati nota-nota dari Tingkatan 1, 2 dan 3.

Ini adalah contoh report card anak kita yg tersimpan dimana contoh jika ibu bapa mendapat keputusan dari sms alert yg tidak memuaskan.

Ibubapa boleh melihat dari jawapan "WRONG ANSWER" iaitu kesilapan jawapan yg anak anda pilih. Ini bermakna anda boleh membantu terus dimana subjek yg anak anda kurang fahami.

eReport dari Score A program begitu jelas sehingga ibu/bapa boleh memantau tahap pemahaman anak-anak mengikut kemampuan mereka dari pembelajaran eTopic.
Apabila anda sudah melanggan, setiap kali anak anda buka laman web http://www.scorea.com/ untuk memulakan latih tubi, ScoreA top 100 students akan keluar dulu dimana ini adalah nama-nama pelajar yg mendapat markah 80% ke atas , pelajar yg menggunakan Score A seluruh Malaysia.

Ini bertujuan memotivasikan anak anda, bila dia buat betul-betul dan markahnya 80% keatas dalam eAssessment maka akan keluarlah nama anak anda diantara pelajar Score A seluruh Malaysia.

Macam main game, kalau anak kita main game pastu nama dia terpampang antara pemain yg top 10 terror....dia suka tak ? begitulah dengan program kita supaya anak kita lebih teruja untuk berlawan dengan pelajar-pelajar Score A seluruh Malaysia.


Semasa syarikat membuat "School Project" pada tahun 2003. Salah satu sekolah yg menerima Score A program adalah Sekolah Menengah Sains Ulu Selangor.

Dari tahun 2003 hingga 2008, testimoni pencapaian pelajar mereka mendapat 90% Straight A untuk 6 tahun berturut-turut.

Sedangkan pelajar yg berasrama perlu beratur untuk menggunakan komputer lab sekolah dan hanya 1 jam saja yg di peruntukkan utk setiap pelajar, apatah lagi jika anda membelikan program ini untuk anak anda yg boleh membuat latih tubi 2/3 jam sehari. Pasti pencapaian anak anda lebih membanggakan dari pelajar sekolah ini.


Ada beberapa buah sekolah lagi juga mendapat portal ini secara percuma ketika "School Project" dibuat.

Pelajar luar bandar telah pun maju. Saya di beritahu adik Muhammad Fauzan adalah pelajar cemerlang selepas menggunakan Score A berasal dari Arau Perlis.

Di rumah adik ini tidak ada Komputer dan internet, hanya meminta izin dari Pengetua Sekolah untuk menggunakan kompuer lab di sekolah dan hanya menggunakan 1 hari sejam saja pencapaian beliau dengan 8A dan 5 cemerlang.

Yang penting ada kemahuan pada pelajar itu sendiri. Nak atau taknak berjaya dalam pembelajaran.

Ini satu testimoni yg paling saya suka sekali iaitu pencapaian seorang pelajar "Kok Chin Chung" dari Petaling Jaya.

Tingkatan satu....orang Score A tapi dia Score 8 E dekat sini. Di mana beliau mendapat kedudukan No. 2....2 dari belakang...(sambil senyum sinis)

Saya pasti tak kira siapa, ibubapa mana yg tak risau dengan pencapaian anak yg lemah dan mereka tercari-cari, tuisyen mana yg terbaik, atau apa saja modul yg terbaik agar anak minat belajar.

Selepas menggunakan Score A pada tingkatan 2 sudah ada peningkatan, tinggal 4 E saja lagi.

Tingkatan 3, rata-rata sudah banyak subjek yg dapat A dan mendapat no. 1 pada peperiksaan penggal yg terakhir.


Pada keputusan sebenar PMR 2005 adik Kok Chin Chung mendapat kecemerlangan iaitu 8A dengan 3 Cemerlang.

"Practice make perfect" adik ini membuat latih tubi setiap hari untuk lebih mahir dan biasa dengan belbagai corak soalan.

Tak lupa juga, Syarikat Kenshido International Sdn. Bhd. akan membuat satu hari pengiktirafan atau di panggil "GALA NIGHT" di mana pelajar-pelajar yg mendapat 5A dan 8A Cemerlang akan menerima sijil, medal dan sagu hati dari Syarikat untuk menghargai kerja kuat mereka mendapat keputusan yg terbaik dalam peperiksaan.

Kenapa Score A ? Di sekolah dan pusat tuisyen lebih mengutamakan pembelajaran INPUT tetapi di Score A kami mengutamakan OUTPUT iaitu pelajar tersebut harus keluarkan apa yg telah mereka pelajari di sekolah.

Dari soalan-soalan yg berdasarkan 4 modul yg telah disediakan dan anak anda telah melakukan latih tubi yg berterusan, peratus markah akan dapat setiap hari ini bermakna anda akan tahu samada anak anda bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan sebenar.

Jika peratus markah masih di bawah 80% ini bermakna anak anda belum bersedia lagi dan haruslah melakukan latihan berterusan sehingga mendapat peratus markah yang memuaskan sehingga anda tahu anak anda sudah bersedia menghadapi peperiksaan sebenar.

Kelebihan Score A program :-

- Memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak

- Mendapat tahu perkembangan anak pada bila-bila masa, dimana saja kerana ada sms alert

- Membantu ibubapa memantau kekuatan dan kelemahan anak

- Membolehkan ibubapa memberi bantuan serta merta kepada anak

Puan Hajah Rokiah Binti Alias adalah Bekas Pengetua Cemerlang Malaysia 8 tahun berturut-turut dari Kolej Tunku Kursiah Negeri Sembilan.

Beliau telah meneliti sistem pembelajaran di dalam program Score A hampir sebulan dan selepas beliau puas hati, beliau memberi 6P kepada Score A program :-

Pelengkap kepada sistem pendidikan di Malaysia dimana pelajar memerlukan kertas latih tubi yg banyak untuk membuat latihan.
Pemantauan ujud hubungan 3 hala antara pelajar, ibuayah dan guru kerana sebelum ini hanya berlaku hubungan antara pelajar dan guru saja tetapi dengan sistem ini ianya berlaku.

Prime time - Setiap pelajar ada waktu mereka yg optimum ketika mengulangkaji pelajaran. Ada pelajar yg suka belajar 3 pagi atau ada yg suka petang. Dengan menggunakan program Score A dgn sistem 24 jam sehari, anak anda boleh membuat mana-mana waktu yg mereka suka.

Pengurusan Masa - Pelajar sentiasa meningkatkan prestasi mereka setiap masa untuk bersedia menghadapi peperiksaan. Dengan persediaan countdowntimer, pelajar akan mempelajari dari kesilapan yg mereka telah lakukan.

Pemangkin - Pelajar akan sentiasa meningkatkan prestasi mereka setiap masa. Ini benar terjadi kerana apabila anak anda mendapat markah secara serta merta, anak anda merasa tidak puas hati dan akan mengulanginya semula.

Personal & Emotional Bonding - Hubungan emosi lebih rapat antara pelajar dan ibuayah dimana pelajar selalu mendapat galakan dan lebih dimotivasi oleh keluarga meningkat prestasi pembelajaran mereka.

(Baca petikan di atas dan gabungkan dengan kisah cerita kita kecil-kecil dahulu main permainan cara lama seperti batu seremban, teng-teng, kejar-kejar, godak parit & sebagainya)

Zaman anak-anak kita adalah zaman teknologi dimana kecanggihan handphone, ps2, ps3 , gameboy dan sebagainya. Jadi internet adalah keperluan di masa hadapan.

Kata-kata dari menteri pendidikan Malaysia YB Dato Hishamuddin berkata

Internet adalah TOOLS FOR SURVIVAL untuk anak-anak kita pada masa hadapan.
===================================================================
Alhamdulillah sudah pun tamat bahagian Score A produk.....

Anda harus membuat latihan berulang kali sehingga mahir dan tidak nampak kekok bila buat presentation. Lakukan setiap hari berulang-ulang kali "Practice make Perfect". Anda pasti akan mahir.


ANDA ADA KUASA MINDA JUTAWAN!!!!

No comments:

Post a Comment